SKSS - PELANCARAN BULAN MEMBACA 3K


S
empena  perhimpunan  rasmi  sidang  petang,  pada  hari  ini,  9/4/2012, bersamaan  hari  Isnin,  jam  6.00  petang,  bertempat  di dewan  SKSS,  muncul  lagi   satu  aktiviti   sekolah,  iaitu  Pelancaran  Bulan  Membaca  3 K.  Penganjur  program  Unit  Bimbingan  dan  Kaunseling  SKSS.




Bulan  Membaca  3K,  bermaksud  kepada  tema  pembacaan  murid   iaitu;  Kebersihan, Kesihatan  &  Keselamatan.  Pelancaran  telah  dijayakan  oleh Encik  Radzuan  Mohd  Nor,  P/K Petang,  dan  dihadiri  oleh  Puan  Norhayati  Jalil,  P/K HEM,  dan   guru- guru  sidang  petang.

Selain  pelancaran  Bulan  Membaca  3K,   turut  juga  mengambil  tempat  ialah  penyampaian   Sijil  Action  Song   kepada  peserta   Murid  3  Bijak,  yang  telah  mengharumkan  nama  baik  SKSS.   Peserta  Action  Song  SKSS,    naib  johan  dalam   pertandingan    peringkat  Sekolah  Rendah   Zon  Cheras, PPD  Hulu Langat.

Cik  Widyawati  Binti  Suntol,  dari  Unit  Bimbingan  dan  Kaunseling  SKSS,  telah  memberi   ucapan  penerangan  mengenai  Bulan  Membaca  3K,  kepada  semua  murid  sidang   petang.

Adalah  diharapkan  sempena  pelancaran  Bulan  Membaca  3K  ini,  kualiti  pembacaan  dan  pemahaman  murid  mengenai  tema  3K  dapat  ditingkatkan  dan sekaligus   minda  dan  mentality  murid  SKSS   mencapai  kecemerlangan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan