SKSS - SENARAI MURID TAHUN 3 - UNIT KOKURIKULUM (BERUNIFOM & PERMAINAN)



KELAS  TAHUN  3  ARIF / 2012


Panduan:  

1.   Double  klik  imej  ini  supaya  kelihatan  besar dan  boleh  dibaca.
2.   Untuk tujuan  print out, bila  imej  ini  sudah  dibesarkan  klik copy.
3.   Buka  microsoft  office  word  terus  paste  dan  klik  print.





KELAS  TAHUN  3  BIJAK /  2012






KELAS  TAHUN  3  CEMERLANG  /  2012





KELAS  TAHUN  3  DEDIKASI  /  2012





KELAS  TAHUN  3  EFEKTIF /  2012








SKSS - JADUAL GURU BERTUGAS SIDANG PETANG - KOKURIKULUM



Panduan:  
1.   Double  klik imej  ini  supaya  kelihatan  besar dan  boleh  dibaca.
2.   Untuk tujuan  print out, bila  imej  ini  sudah  dibesarkan  klik copy.
3.   Buka  microsoft  office  word  terus  paste  dan  klik.






Senarai  Nama  Guru  Penasihat  Kokurikulum  -   Tahun  3




SKSS - MESYUARAT AJK PIBG PERTAMA 2012


M
esyuarat  Ahli Jawatankuasa  Persatuan  Ibu Bapa  dan  Guru  (PIBG)  kali  pertama    telah  diadakan  pada  27  Mac  2012,  bersamaan  hari  Rabu,  bertempat  di bilik  Seri  Bestari  SKSS.  Mesyuarat  bermula  jam  8.00  hingga  10.30  malam.

Ahli  Jawatankuasa  PIBG  sesi  2012 / 2013,  adalah  seperti  berikut;

Penasihat      :   Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd Nordin,   Guru  Besar  SKSS.
Yang  Dipertua   :   Tuan  Haji  Zainal  Abidin  Bin  Abdullah.
Naib  Yang  Dipertua    :  Encik  Hasrizal  Bin  Abu  Hassan.
Setiausaha   Kehormat     :     Puan  Rosnani  Bin  Idris,   Guru  SKSS.
Bendahari   Kehormat    :   Ustaz  Asmadi  Bin  Ismail,   Guru  SKSS.
Juruaudit                          :  Cik  Anida  Binti  Idrus

Barisan   AJK   Ibu  Bapa   ialah;
1  Encik  Sheikh  Ridzuan  Shafie  Bin  Sheikh  Musa
2  Encik  Bakhtiar  Affandee  Bin  Mokhry
3  Encik  Muhammad  Sufinor  Bin  Muhammad  Yamin
4  Puan  Dahniar   Binti  Nur
5  Puan  Khalijah  Binti  Mat  Nanis

Barisan  AJK  Guru   ialah;
1  Encik  Khairil  Anuar  Bin  Md Safar
2  Encik  Mohd Yassin  Bin  Salleh
3  Encik  Zulkifli   Bin  Wahab
4  Cik  Widyawati  Binti  Suntol
5  Puan  Zatul  Iradah  Binti  Ibrahim

Agenda  utama  mesyuarat,  1-Ucapan  pengerusi.  2-Ucapan  penasihat.  3-  Perkenalan  AJK   PIBG  sesi  2012 / 2013.  4- Perlantikan  Exco / Biro  PIBG.   5-  Perbincangan  program  mesyuarat  agong   kali  ke-27.  6 -Pembentangan  penyata  kewangan   yang  lalu.  7-  Hal- hal  lain.

Exco / Biro  yang  telah  dibentuk  ialah  Biro  Ekonomi  diketuai  oleh  YDP  Tuan  Haji  Zainal  Abidin  Bin  Abdullah.  Biro   Akademik  dipimpin  oleh  Cik Anida  Binti Idrus.  Biro  Sosial,  dipegang  oleh  Encik  Hasrizal  Bin Abu Hassan,   dan  Biro  Kebajikan,  diketuai  oleh  Cik  Widyawati   Binti   Suntol.

Semua  Biro masing- masing,  dikehendaki  membuat  perancangan   aktiviti  untuk  dilaksanakan. 

Berdasarkan  hasil  mesyuarat,   program / aktiviti  yang  besar  yang  akan  dijalankan  ialah   aktiviti  pembinaan  padang  sekolah,  pembinaan  surau,  solat  hajat,  hari  kantin, ceramah  motivasi keibubapaan, aktiviti  gotong- royong  perdana,  dan  melabar  dan  memperkemaskan  pondok  menunggu  bas. 


Sudutan  ucapan  penasihat,  yang  juga  guru  besar  SKSS,  memaklumkan  bahawa  PIBG  merupakan  jambatan  perhubungan   di antara  pihak  sekolah  dengan  para  Ibu Bapa  murid.  Pihak  sekolah  memerlukan  kerjasama  para  Ibu Bapa  dalam  usaha   untuk  menjayakan  program  sekolah  demi  kecemerlangan  murid-murid.

YDP  PIBG  berharap,  keputusan  mesyuarat  pertama  ini  dapatlah  dijalankan,  dan  semua  ahli  mesti  bergerak  pantas  bagi  menjayakan  segala  program / aktiviti  PIBG.  












SKSS - PASUKAN BOLA SEPAK BERJAYA KE PERINGKAT SUKU AKHIR


Sumber;  photo  kiriman   Cikgu  Ahmad  Hussairi  Abd. Rahman.


Foto  ini  menunjukkan  peristiwa  perlawanan  bola  sepak  peringkat  antara  sekolah – sekolah  dalam  daerah  Pejabat  Pendidikan  Hulu Langat.

Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Serai,  Hulu  Langat  ini,  termasuklah  dalam  kumpulan  sekolah- sekolah  seperti  SK. Sungai  Lui,  SK. Sungai  Tekali,  dan  SK. Cheras  Jaya.




Result  kita  SK. Sungai  Serai -  lawan  bola  sepak  dengan  SK. Sungai  Tekali.  Keputusannya  ialah  SK. Sungai  Serai,  menang  1  -  0.


SK.  Sungai  Serai -  lawan  dengan  SK. Cheras  Jaya.  Keputusannya,  SK  Cheras  Jaya  menang  1  -  0.


Peringkat  suku  akhir,  SK. Sungai  Serai,  telah  berlawan  dengan  SK. Bandar  Tun  Hussein  Onn.  Keputusannya  ialah  SK. Bandar  Tun  Hussein  On,  telah  menang  2  - 0.


Walau  bagaimanapun,  tahniah  diucapkan  kepada  pasukan  bola  sepak  SKSS,  kerana  telah  berjaya  sehingga   keperingkat  suku  akhir.


Tahniah  juga  diucapkan  kepada  guru- guru  selaku  jurulatih,  diatas  usaha  dan  komitmen  yang  sungguh- sungguh,    sehingga  pasukan  bola  sepak  SKSS  dapat  berjaya  sehingga  ke peringkat  suku  akhir.








SKSS - PEMANDANGAN DARI ATAS


Sumber;  photo  kiriman   Cikgu  Ahmad  Hussairi  Abd. Rahman.

Foto  ini  menunjukkan  para  pelajar  Tahap 1, sedang  berbaris keluar  setelah  tamat  sesi  persekolahan  sidang  petang.  Situasi  ini  menggambarkan  tahap  disiplin  para  pelajar  sidang  petang  cukup  baik  dan  memuaskan, hasil  daripada  kepimpinan  dan  didikan  oleh  guru- guru  sidang  petang.  
















SKSS - MAKLUMAN KEPADA WARGA SKSS


HEBAHAN  KEPADA  WARGA
 SK. SUNGAI  SERAI,  HULU  LANGAT,  SELANGOR,  D.E


Luangkan  masa  untuk 

melayari  blog  Sekolah  kita………
Sebarang  perkara / hebahan untuk dimuatkan
Ke dalam  blog  ini,  sila  emailkan;

   Alamat blog;
Alamat  email  blog; 

Marilah  kita (Warga  SKSS)  menyemarakkan  blog  ini;   dengan  memuatkan  apa  sahaja  aktiviti,  program,  dan  sebagainya  berkenaan  sekolah  kita,  SKSS.

Terima  kasih..


SKSS - PERJUMPAAN & TAKLIMAT GURU SIDANG PETANG

P
uan Dr. Hajah Nazirah  Binti Mohd Nordin, guru besar, telah  mengadakan perjumpaan  taklimat ringkas  kepada  semua  guru  petang  SKSS,  pada  jam 4.00 petang,  23/3/2012, bersamaan  hari Jumaat,  bertempat di bilik Seri Bestari.

Fokus  taklimat  itu  ialah  memaklumkan  bahawa  rombongan  pegawai  pendidikan unit  kualiti,  akan  menjalankan lawatan pemantauan  ke sekolah  SKSS, pada  minggu depan. Justeru, semua guru  perlu mengambil  perhatian, dan  tindakan  yang sewajarnya.

Dalam  taklimat  tersebut  juga,  puan guru  besar, merakamkan  terima  kasih  kepada semua  guru  petang  atas  proaktif  dan  keperhatinan  memasukkan  markah  ujian fasa 1, ke web sistem  analisis  peperiksaan sekolah, mengikut  ketetapan  masa.

Perkara  seterusnya  ialah  berharap  guru- guru  sidang  petang, dapat  berkorban sedikit  mengenai  perkara  pendidikan  di sekolah, memberi ruang diri  untuk melibatkan  apa juga  aktiviti  sekolah.







SKSS - SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


SKSS - MAKLUMAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SAPS


U
capan terima kasih kepada semua guru di atas proaktif memasukan markah ujian / peperiksaan murid ke online sistem analisis peperiksaan sekolah.

Walau bagaimanapun, turut juga di keyin markah untuk TOV & ETR murid mengikut subjek diajar oleh guru masing-masing, kadar segera. Semoga segala keprihatinan dan komitmen kita dalam menjayakan perkara pendidikan ini mendapat keberkatan  Ilahi..

SKSS - SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH


P
ada  awal  tahun  1951,  Kampung  Bukit  Raya  telah  disytiharkan  sebagai  kawasan  Hitam  dan  para  penduduknya  telah  dipindahkan  ke kampung  Sungai  Raya.  Sekolah  Melayu  Bukit  Raya  yang  terdapat  pada  masa  itu  terpaksa  ditutupkan  kerana  keadaan  darurat.

Sementara  murid- murid  yang  berasal  dari  Kampung  Sungai  Serai  terpaksa  bersekolah  di Madrasah  Sg. Betong,  Bt 11,  Kg. Sungai  Serai  iaitu  merupakan  sebuah  bangunan  di sisi  madrasah  yang  telah  diwakafkan  oleh  Tuan  Haji  Latif.  Oleh  kerana  bangunan  ini  hanya  mampu  untuk  menampung  dua  buah  bilik  darjah  sahaja,  maka  Datuk  Empat  Sultan  selaku  ketua  Kampung  dan  ahli  jawatankuasa  kampung  iaitu  En. Munir  Bin  Sulaiman,  Tn. Haji  Ibrahim,  mengambil  keputusan  untuk  mendirikan  bangunan  tambahan  dengan  cara  bergotong royong.  Bangunan  tambahan  itu akhirnya  dapat  juga  didirikan  iaitu  bertiangkan  batang  pinang  beratap  rumbia  dan  berdindingkan  buluh  (pelupuh)  dan  ianya  dapat  memuatkan  dua  bilik  darjah,   dan  dengan  ini  menjadikan  sekolah  itu  memiliki  empat  bilik  darjah.

Apabila  bangunan  itu  siap,  Jawatankuasa  Kg.  Sg. Serai  telah  memajukan  permohonan  ini  kepada  pihak   Jabatan  Pelajaran  Selangor  untuk  didaftarkan.  Setelah  didaftarkan,  nama  sekolah  ini  ialah  Sekolah  Melayu  Kg. Sg. Betong.   Pada  tahun  1951,  ianya  telah  ditukarkan  nama  kepada  Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Serai.  Guru  Besar  yang  pertama  bertugas  di sekolah  ini  ialah  En. Abd. Majid.  Kemudian  diikuti  oleh  En. Hashim,  En. Hamzah  Maamor,  Pn. Zabedah,  Pn. Hasnah  dan  En.  Basirun.

Pada  tahun  1955,  pihak  Jabatan  Pelajaran  Selangor  telah  mendirikan  bangunan  SK  Sungai  Serai  (seperti  yang  ada  sekarang),  dengan  itu  semua  guru  dan  murid  telah  dipindahkan  ke tempat  yang  baru.  Selepas  persaraan  Guru  Besar  yang  pertama  iaitu  En. Mohd Saf,  beliau  telah  digantikan  oleh  En. Maulud,  seterusnya  En. Abd. Aziz,  En. Mohd  Abdullah  dan  En. Zainal  Abidin  Bin  Fakeh  sehingga  tahun  1990.
Pada  satu  peringkat,  murid- murid  yang  bersekolah  di  Sk Sungai Serai  hanya  setakat  22  orang  murid  sahaja,  dan  pihak  Jabatan  Pelajaran  Sekolah  terpaksa  menutup  sekolah  ini  pada  Disember  1970.

Selepas  sekolah  ini  ditutup,  Pengakap  Daerah  Hulu  Langat  telah  menjadikan  sekolah  ini  sebagai  Kem  Pengakap.  SK Sungai  Serai  telah  dibuka  semula  pada  1985  di atas  tapak  yang  seluas  lebih  kurang  1  hektar. Terletak  di tepi  jalan  besar  Hulu  Langat  iaitu  kira- kira  3 km  dari  pekan  Batu 9.  Dan  kira- kira  18  kilometer  darpada  bandaraya  Kuala  Lumpur  di bawah  pimpinan  Guru  Besar  iaitu  En. Othman  Bin  Hakim.  Selepas  daripada  itu,  Guru   Besarnya  silih  berganti  iaitu  En. Adam  Bin  Salleh,  Tn. Hj.Zainal  Abidin  Bin  Endut,  dan  diikuti  pula  En.Alias  Bin  Mahdi.   Selepas  persaraan  beliau  pada  Ogos  1995   dan  digantikan  oleh  En. Abdull  Razak  Bin  Mustofah  yang  telah  meneruskan  segala  aktiviti  sekolah  yang  telah  dirancang  serta  memberi  nafas  baru  di dalam  pentadbiran  sekolah  demi  melahirkan  pelajar  cemerlang.

Berikut  ialah   senarai  Nama  Guru  Besar  SK. Sungai  Serai, Hulu  Langat;

1         En. Mohd  Sap  Bin  Lumat     ( 1951 – 1957 )

2    En. Maulud  Bin  Abdullah   ( 1958 – 1960 )

3    En. Abdul  Aziz    ( 1961 -   1965 )

4         En. Zainal  Abidin  Bin  Fakeh      ( 1969 – 1970 )

5         En. Othman  Bin  Hakim    ( 1985 – 1987 )

6         En. Zainal  Abidin  Bin  Andut    ( 1987 – 1989 )

7        En. Adam  Bin  Salleh    ( 1989 – 1990 )

8         En.  Alias  Bin  Mahadi    ( 1990 -  1995 )

9         En. Abdull  Razak  Bin  Mustofah     ( 1995 -   2004 )

10    Pn. Rashidah   Binti   Ismail   ( 2004 – 

11    Pn.  Selamah   Binti  Packeer   Mohamed   (  2010 - 2011 )

12  Pn.  Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd Nordin   ( Ogos  2011 - Sekarang )

SKSS - PENGURUSAN KOKURIKULUM



Pengurusan  kokorikulum tahun 3, sudah di muktamadkan. Murid-murid ini  sudah  mengetahui bidang koko mereka masing- masing.  Guru  penasihat unit dan  permainan  koko  juga  sudah   dimaklumkan   mengenai   perkara ini,   termasuklah  mendapatkan   jadual   giliran   bertugas  pada   setiap  hari Rabu.   Sekian.

SKSS - HEBAHAN KEPADA IBUBAPA MURID TH6



Kepada  para  ibu bapa /  waris  murid tahun 6, sepanjang cuti  ini, bermula  pada  hari   Isnin  jam 8.00 pagi  hingga 12.30 petang, akan diadakan kelas  tambahan   khusus   kepada   murid  tahun 6 yang  bakal menghadapi  UPSR.  Oleh itu, mohon  kerjasama  para ibubapa yang berkenaan, untuk  memastikan  kehadiran  sepenuhnya   anak tuan  ke program  tersebut.  Sekian.

SKSS - AKTIVITI BULAN MAC 2012



Pada 5 Mac 2012, bersamaan  hari  Isnin, masa  6.00  petang,  di tapak perhimpunan  murid- murid  tahun 2  dan  3,  Guru Besar  Dr. Nazirah  Binti  Mohd Nordin,  telah  melancarkan  Bulan  Panitia  Bahasa  Melayu. Aktiviti  yang  diadakan  sempena  pelancaran  itu  ialah  ucapan  perasmian  pelancaran  oleh  guru  besar,  deklamasi  sajak  bertajuk  "Bangkitlah..."  oleh  murid  tahun 3, dan  ucapan  penerangan  oleh  penyelaras  panitia  Bahasa  Melayu.  Semoga  pelancaran  Bulan  Panitia  Bahasa  Melayu  SKSS  ini  dapatlah  menjana  kecemerlangan ilmu  dan  pengetahuan  murid- murid.  Sekian.  

SKSS - JADIKAN PENGAJARAN


SKSS - PENGURUSAN SEKOLAH SKSS

Kakitangan  Akademik  SKSS



Carta  Organisasi  Unit  Kurikulum  SKSS


Ahli Jawatankuasa  Panitia  Mata Pelajaran  2012


Senarai  Nama  Anggota  Pentadbiran  SKSS  2012