Kursus Pertolongan Cemas Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat

Pada 18 Ogos 2015, telah diadakan Kursus Pertolongan Cemas Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat bertempat di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Tiga orang peserta mewakili Sekolah Kebangsaan Sungai Serai ke kursus ini. Murid-murid didedahkan dengan ilmu-ilmu pertolongan cemas seperti balutan luka, patah, dan pelbagai lagi. Ilmu-ilmu yang dipelajari semasa kursus sangat berguna dalam mempersiapkan murid-murid untuk menjadi masyarakat yang sentiasa sedia membantu dalam apa jua keadaan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada High School Kajang dengan kerjasama PPD Hulu Langat dalam menganjurkan kursus ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan