Pelancaran Bulan Pusat Sumber SKSS Tahun 2015

Pada 14 September 2015, telah diadakan Pelancaran Bulan Pusat Sumber SKSS Tahun 2015. Antara objektif Bulan PSS adalah untuk memupuk sifat cintakan ilmu dalam kalangan murid. Selain itu, ia juga adalah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada pada murid. Pihak sekolah juga mengimpikan murid-murid dapat menjadikan Pusat Sumber sebagai gedung dalam menimba ilmu pengetahuan. Pusat Sumber SKSS telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya adalah seperti yang berikut:

1. Spell it Right Competition
2. Pertandingan Mewarna Ilustrasi Kulit Buku Cerita
3. Pertandingan Tulisan Tercantik
4. Pertandingan Kosa Kata Terbanyak
5. Pertandingan Melukis Kulit Buku Cerita
6. Pertandingan Meneka Bilangan Buku Di Dalam Troli
7. Pertandingan Kamus Terbuka

Perasmian Pelancaran Bulan Pusat Sumber SKSS telah disempurnakan oleh Puan Arifah bt. Ab. Arif, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Sungai Serai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan