SKSS - SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH


P
ada  awal  tahun  1951,  Kampung  Bukit  Raya  telah  disytiharkan  sebagai  kawasan  Hitam  dan  para  penduduknya  telah  dipindahkan  ke kampung  Sungai  Raya.  Sekolah  Melayu  Bukit  Raya  yang  terdapat  pada  masa  itu  terpaksa  ditutupkan  kerana  keadaan  darurat.

Sementara  murid- murid  yang  berasal  dari  Kampung  Sungai  Serai  terpaksa  bersekolah  di Madrasah  Sg. Betong,  Bt 11,  Kg. Sungai  Serai  iaitu  merupakan  sebuah  bangunan  di sisi  madrasah  yang  telah  diwakafkan  oleh  Tuan  Haji  Latif.  Oleh  kerana  bangunan  ini  hanya  mampu  untuk  menampung  dua  buah  bilik  darjah  sahaja,  maka  Datuk  Empat  Sultan  selaku  ketua  Kampung  dan  ahli  jawatankuasa  kampung  iaitu  En. Munir  Bin  Sulaiman,  Tn. Haji  Ibrahim,  mengambil  keputusan  untuk  mendirikan  bangunan  tambahan  dengan  cara  bergotong royong.  Bangunan  tambahan  itu akhirnya  dapat  juga  didirikan  iaitu  bertiangkan  batang  pinang  beratap  rumbia  dan  berdindingkan  buluh  (pelupuh)  dan  ianya  dapat  memuatkan  dua  bilik  darjah,   dan  dengan  ini  menjadikan  sekolah  itu  memiliki  empat  bilik  darjah.

Apabila  bangunan  itu  siap,  Jawatankuasa  Kg.  Sg. Serai  telah  memajukan  permohonan  ini  kepada  pihak   Jabatan  Pelajaran  Selangor  untuk  didaftarkan.  Setelah  didaftarkan,  nama  sekolah  ini  ialah  Sekolah  Melayu  Kg. Sg. Betong.   Pada  tahun  1951,  ianya  telah  ditukarkan  nama  kepada  Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Serai.  Guru  Besar  yang  pertama  bertugas  di sekolah  ini  ialah  En. Abd. Majid.  Kemudian  diikuti  oleh  En. Hashim,  En. Hamzah  Maamor,  Pn. Zabedah,  Pn. Hasnah  dan  En.  Basirun.

Pada  tahun  1955,  pihak  Jabatan  Pelajaran  Selangor  telah  mendirikan  bangunan  SK  Sungai  Serai  (seperti  yang  ada  sekarang),  dengan  itu  semua  guru  dan  murid  telah  dipindahkan  ke tempat  yang  baru.  Selepas  persaraan  Guru  Besar  yang  pertama  iaitu  En. Mohd Saf,  beliau  telah  digantikan  oleh  En. Maulud,  seterusnya  En. Abd. Aziz,  En. Mohd  Abdullah  dan  En. Zainal  Abidin  Bin  Fakeh  sehingga  tahun  1990.
Pada  satu  peringkat,  murid- murid  yang  bersekolah  di  Sk Sungai Serai  hanya  setakat  22  orang  murid  sahaja,  dan  pihak  Jabatan  Pelajaran  Sekolah  terpaksa  menutup  sekolah  ini  pada  Disember  1970.

Selepas  sekolah  ini  ditutup,  Pengakap  Daerah  Hulu  Langat  telah  menjadikan  sekolah  ini  sebagai  Kem  Pengakap.  SK Sungai  Serai  telah  dibuka  semula  pada  1985  di atas  tapak  yang  seluas  lebih  kurang  1  hektar. Terletak  di tepi  jalan  besar  Hulu  Langat  iaitu  kira- kira  3 km  dari  pekan  Batu 9.  Dan  kira- kira  18  kilometer  darpada  bandaraya  Kuala  Lumpur  di bawah  pimpinan  Guru  Besar  iaitu  En. Othman  Bin  Hakim.  Selepas  daripada  itu,  Guru   Besarnya  silih  berganti  iaitu  En. Adam  Bin  Salleh,  Tn. Hj.Zainal  Abidin  Bin  Endut,  dan  diikuti  pula  En.Alias  Bin  Mahdi.   Selepas  persaraan  beliau  pada  Ogos  1995   dan  digantikan  oleh  En. Abdull  Razak  Bin  Mustofah  yang  telah  meneruskan  segala  aktiviti  sekolah  yang  telah  dirancang  serta  memberi  nafas  baru  di dalam  pentadbiran  sekolah  demi  melahirkan  pelajar  cemerlang.

Berikut  ialah   senarai  Nama  Guru  Besar  SK. Sungai  Serai, Hulu  Langat;

1         En. Mohd  Sap  Bin  Lumat     ( 1951 – 1957 )

2    En. Maulud  Bin  Abdullah   ( 1958 – 1960 )

3    En. Abdul  Aziz    ( 1961 -   1965 )

4         En. Zainal  Abidin  Bin  Fakeh      ( 1969 – 1970 )

5         En. Othman  Bin  Hakim    ( 1985 – 1987 )

6         En. Zainal  Abidin  Bin  Andut    ( 1987 – 1989 )

7        En. Adam  Bin  Salleh    ( 1989 – 1990 )

8         En.  Alias  Bin  Mahadi    ( 1990 -  1995 )

9         En. Abdull  Razak  Bin  Mustofah     ( 1995 -   2004 )

10    Pn. Rashidah   Binti   Ismail   ( 2004 – 

11    Pn.  Selamah   Binti  Packeer   Mohamed   (  2010 - 2011 )

12  Pn.  Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd Nordin   ( Ogos  2011 - Sekarang )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan