SKSS - MESYUARAT AJK PIBG PERTAMA 2012


M
esyuarat  Ahli Jawatankuasa  Persatuan  Ibu Bapa  dan  Guru  (PIBG)  kali  pertama    telah  diadakan  pada  27  Mac  2012,  bersamaan  hari  Rabu,  bertempat  di bilik  Seri  Bestari  SKSS.  Mesyuarat  bermula  jam  8.00  hingga  10.30  malam.

Ahli  Jawatankuasa  PIBG  sesi  2012 / 2013,  adalah  seperti  berikut;

Penasihat      :   Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd Nordin,   Guru  Besar  SKSS.
Yang  Dipertua   :   Tuan  Haji  Zainal  Abidin  Bin  Abdullah.
Naib  Yang  Dipertua    :  Encik  Hasrizal  Bin  Abu  Hassan.
Setiausaha   Kehormat     :     Puan  Rosnani  Bin  Idris,   Guru  SKSS.
Bendahari   Kehormat    :   Ustaz  Asmadi  Bin  Ismail,   Guru  SKSS.
Juruaudit                          :  Cik  Anida  Binti  Idrus

Barisan   AJK   Ibu  Bapa   ialah;
1  Encik  Sheikh  Ridzuan  Shafie  Bin  Sheikh  Musa
2  Encik  Bakhtiar  Affandee  Bin  Mokhry
3  Encik  Muhammad  Sufinor  Bin  Muhammad  Yamin
4  Puan  Dahniar   Binti  Nur
5  Puan  Khalijah  Binti  Mat  Nanis

Barisan  AJK  Guru   ialah;
1  Encik  Khairil  Anuar  Bin  Md Safar
2  Encik  Mohd Yassin  Bin  Salleh
3  Encik  Zulkifli   Bin  Wahab
4  Cik  Widyawati  Binti  Suntol
5  Puan  Zatul  Iradah  Binti  Ibrahim

Agenda  utama  mesyuarat,  1-Ucapan  pengerusi.  2-Ucapan  penasihat.  3-  Perkenalan  AJK   PIBG  sesi  2012 / 2013.  4- Perlantikan  Exco / Biro  PIBG.   5-  Perbincangan  program  mesyuarat  agong   kali  ke-27.  6 -Pembentangan  penyata  kewangan   yang  lalu.  7-  Hal- hal  lain.

Exco / Biro  yang  telah  dibentuk  ialah  Biro  Ekonomi  diketuai  oleh  YDP  Tuan  Haji  Zainal  Abidin  Bin  Abdullah.  Biro   Akademik  dipimpin  oleh  Cik Anida  Binti Idrus.  Biro  Sosial,  dipegang  oleh  Encik  Hasrizal  Bin Abu Hassan,   dan  Biro  Kebajikan,  diketuai  oleh  Cik  Widyawati   Binti   Suntol.

Semua  Biro masing- masing,  dikehendaki  membuat  perancangan   aktiviti  untuk  dilaksanakan. 

Berdasarkan  hasil  mesyuarat,   program / aktiviti  yang  besar  yang  akan  dijalankan  ialah   aktiviti  pembinaan  padang  sekolah,  pembinaan  surau,  solat  hajat,  hari  kantin, ceramah  motivasi keibubapaan, aktiviti  gotong- royong  perdana,  dan  melabar  dan  memperkemaskan  pondok  menunggu  bas. 


Sudutan  ucapan  penasihat,  yang  juga  guru  besar  SKSS,  memaklumkan  bahawa  PIBG  merupakan  jambatan  perhubungan   di antara  pihak  sekolah  dengan  para  Ibu Bapa  murid.  Pihak  sekolah  memerlukan  kerjasama  para  Ibu Bapa  dalam  usaha   untuk  menjayakan  program  sekolah  demi  kecemerlangan  murid-murid.

YDP  PIBG  berharap,  keputusan  mesyuarat  pertama  ini  dapatlah  dijalankan,  dan  semua  ahli  mesti  bergerak  pantas  bagi  menjayakan  segala  program / aktiviti  PIBG.  












Tiada ulasan:

Catat Ulasan