SKSS - PERJUMPAAN & TAKLIMAT GURU SIDANG PETANG

P
uan Dr. Hajah Nazirah  Binti Mohd Nordin, guru besar, telah  mengadakan perjumpaan  taklimat ringkas  kepada  semua  guru  petang  SKSS,  pada  jam 4.00 petang,  23/3/2012, bersamaan  hari Jumaat,  bertempat di bilik Seri Bestari.

Fokus  taklimat  itu  ialah  memaklumkan  bahawa  rombongan  pegawai  pendidikan unit  kualiti,  akan  menjalankan lawatan pemantauan  ke sekolah  SKSS, pada  minggu depan. Justeru, semua guru  perlu mengambil  perhatian, dan  tindakan  yang sewajarnya.

Dalam  taklimat  tersebut  juga,  puan guru  besar, merakamkan  terima  kasih  kepada semua  guru  petang  atas  proaktif  dan  keperhatinan  memasukkan  markah  ujian fasa 1, ke web sistem  analisis  peperiksaan sekolah, mengikut  ketetapan  masa.

Perkara  seterusnya  ialah  berharap  guru- guru  sidang  petang, dapat  berkorban sedikit  mengenai  perkara  pendidikan  di sekolah, memberi ruang diri  untuk melibatkan  apa juga  aktiviti  sekolah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan