S
|
esi perjumpaan guru- guru bersama para penolong kanan telah diadakan pada 3 April 2012, bersamaan hari Selasa. Tempat Bilik Seri Bistari, bermula jam 12.30 hingga 1.30 petang.
Sesi taklimat
yang pertama telah
disampaikan oleh Puan
Norhayati Binti Jalil,
Penolong Kanan 1. Perkara yang
disampaikan berkaitan dengan pengajaran
& pembelajaran guru, perihal
ujian 2, perkhidmatan, kenaikan
pangkat time base,
KSSR, pemeriksaan buku, dan
lain- lain lagi.
Taklimat yang kedua,
disampaikan oleh
Puan Arifah Binti Abd. Arif,
Penolong Kanan HEM.
Perkara yang diutarakan
mengenai waktu penyerahan
buku kedatangan murid
sesi pagi dan
petang, berita murid
terlibat dalam kemalangan,
bantuan kepada murid,
kedai buku,
dan sebagainya.
Taklimat yang
ketiga, oleh Ustaz Mohd Zahari
Bin Ishak. Isu
yang disampaikan berkisar
kepada persediaan Perkhemahan
Perdana SKSS, aktiviti
perkhemahan, tugas- tugas guru,
dan lain- lain lagi.
Taklimat yang
terakhir disampaikan oleh Encik
Khairil Anuar Bin
Mohd Safar. Beliau memaklumkan
aktiviti Badan Kebajikan
guru, kewangan, sambutan
Hari Guru 2012,
penglibatan guru dalam
aktiviti, dan lain- lain
lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan