SKSS - SUDAH BERMULA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM LOKASI DR. CAMPSITE, HULU LANGAT

M
urid- murid  SKSS  yang  terlibat  dalam   aktiviti  perkhemahan   unit  beruniform   dikehendaki  berkumpul  di dalam  dewan,  jam  2.30  petang,  20  April  2012,  bersamaan  hari  Jumaat.   Sesi  taklimat  disampaikan  oleh  Ustaz  Mohd  Zahari  Ishak,  ketua  penyelaras  program.  Lebih  kurang  jam  3.20  petang,  peserta  kem  mula  bertolak  ke  lokasi  perkhemahan   iaitu  Dr. Campsite,  Hulu  Langat.

Jam  5.00  petang,  Di kem  Dr. campsite,  Encik  Ahmad  Hussairi,  ketua  komander  program,  telah  memberi  taklimat  kepada  semua  peserta  termasuklah   para  facilitator.

Aktiviti  pada  hari  ini;  taklimat  program,  pendaftaran  masuk  ke bilik  penginapan,  aktiviti  permainan. Kemudian  solat  magrib  dan  isyak,  ceramah  kerohanian,  dan  aktivi  dalam  kumpulan.

Tuan  Haji  Mamood  Mohd  Salleh,  PK/ Kokurikulum,  berharap  aktiviti  perkhemahan   unit  beruniform  ini  berjalan  lancer  dan  mencapai  objektif.  Selamat  maju  jaya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan