MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SKSS 2012


HULU LANGAT: Tanggal 24 Mei 2012 terpahat sejarah baru bagi SK Sungai Serai apabila berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah paling meriah biarpun sambutannya agak lewat daripada tarikh sebenarnya iaitu 16 Mei 2012. Kemeriahan kali ini dapat diukur daripada kerjasama padu oleh semua guru bagi memastikan sambutan kali ini lebih meriah berbanding sambutan sebelum ini dan penglibatan semua guru dengan beraneka ragam dalam setiap persembahan menghidupkan lagi suasana majlis. Ternyata guru-guru SKSS memang berbakat.

Berikut merupakan antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung iaitu:-
·       Ucapan wakil murid
·       Ucapan YDP PIBG
·       Ucapan Perasmian Guru Besar
·       Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir
·       Anugerah Guru Paling Popular
·       Persembahan Guru Mengikut Tahun 1-6
·       Jamuan Hari Guru


Klip Video kemeriahan sambutan Hari Guru SKSS  dapat dilayari dengan klik imej ini....... Selamat menonton..


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan