HALAMAN

SKSS - PELANCARAN HARI GURU 16 MEI 2012


P
elancaran  Hari  Guru  16  Mei  2012,  bersamaan  hari  Rabu,   disempurnakan  oleh  Guru  Besar,  Yang  Berusaha  Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd Nordin,  dengan  dihadiri  oleh  semua  guru  dan  murid- murid  sidang  pagi  di tapak  perhimpunan  SKSS. 

Aturcara  majlis  dimulai  oleh  ucapan  Guru Besar,  seterusnya  disusuli  ucapan  perutusan  Hari  Guru  Menteri  Pelajaran  Malaysia,  disampaikan  oleh  Guru  Besar. 

Kemudian  ucapan  perutusan  Hari  Guru  Ketua  Pengarah  Pelajaran  Malaysia,  telah  disampaikan  oleh  Puan  Norhayati  Binti  Jalil,  PK 1.  Di samping  itu  juga,  penyampaian  ucapan  perutusan  oleh  Pengarah  Pendidikan  Selangor,  telah  disampainkan  oleh  Puan  Arifah  Binti  Abd. Arif,  PK HEM.

Gambar  di bawah  menunjukkan  peristiwa  pelancaran  Hari  Guru  16  Mei  2012,  di tapak  perhimpunan  SKSS…..










SELAMAT  HARI  GURU..............




Tiada ulasan:

Catat Ulasan