HARI TEMUBUAL AKADEMIK SKSS 2012

SK SUNGAI SERAI 22/06/2012: Hari Temubual Akademik Siri 1 telah berjaya diadakan dengan peningkatan yang mendadak dari segi kehadiran ibu bapa berbanding siri-siri temubual sebelum ini. Sekaligus ini menandakan keprihatinan ibu bapa terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka. Rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan sesi diskusi yang dijalankan bersama guru kelas  dan pelbagai reaksi ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap keputusan pencapaian anak-anak mereka. Ibu bapa diberikan  penjelasan yang terperinci tentang kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka dalam penguasaan sesuatu mata pelajaran. Adalah menjadi harapan agar sesi diskusi ini menerbitkan kesedaran di kalangan pelbagai pihak sama ada guru mahupun ibu bapa terhadap pencapaian murid atau anak hari ini penentu kejayaan mereka pada masa hadapan.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan