SKSS - PELANCARAN BULAN MATEMATIK & SAINS


B

ulan  Julai   setiap  tahun   telah  ditetapkan sebagai bulan Panitia  Matematik dan  Sains  SKSS.  Bersempena  perhimpunan  rasmi  pada  hari  Isnin,  9 Julai  2012, Dr.Hajah Nazirah Mohd Nordin, guru besar  SKSS  telah  melancarkan  bulan  panitia  Matematik  &  Sains.

Objektif  mengadakan  bulan  Matematik  &  Sains  adalah  untuk  menambah  minat  terhadap  mata pelajaran  Matematik & Sains,  meningkatkan  kemahiran- kemahiran  asas  Matematik  dan  kemahiran  proses  Sains,  dan  mendedahkan  kepada  murid- murid  bahawa “Maths is easy”  dan  “Science is fun”.

Pelbagai  aktiviti  khas  dirancang  berkaitan  dengan  Matematik  &  Sains.   Sasaran  program  ini  kepada  semua  murid  Tahun 1 – 6  SKSS.  Tempoh   aktiviti  adalah  sepanjang  bulan  Julai.  Semua  murid  SKSS, dikehendaki  mengambil  perhatian dan  maklumat mengenai  pelbagai  aktviti  di sudut Matematik & Sains  SKSS.

Harapan, semua  murid  terlibat  dengan  aktiviti  yang  dirancang,  dan  setiap  aktiviti  dapat  dijalankan  dengan  jayanya..















Tiada ulasan:

Catat Ulasan