SKSS - TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2012, PERTANDINGAN ACARA PADANG / BALAPAN


A
acara  kemuncak  Kejohanan  Sukan  Tahunan  SKSS, telah  diadakan di Stadium IKBN, Dusun Tua,  pada 12  Julai  2012, hari Khamis, bermula   jam 8.20 pagi  hingga   2.00 petang.   Acara  yang  berlangsung  di sini  acara  balapan (Lomba lari)  dan  pertandingan perbarisan  Rumah Sukan.

Adik Abdul Hanan Bin Nasir, kelas 6 Dedikasi, dengan   pencapaian  3 emas, telah  dinobatkan  Olahragawan  2012.  Adik  Nur Izzah Husna  Bt. Zainal Abidin, kelas 6 Arif, dengan  pencapaian 3 emas dan 1 gangsa,  telah dinobatkan  Olahragawati  2012.

Juara  keseluruhan  jatuh  kepada  Pasukan Rumah  Hijau, tempat ke2  Pasukan Rumah  Biru,  tempat   ke3 Pasukan Rumah  Merah, dan  ke4  Pasukan Rumah Kuning. Johan pertandingan perbarisan dimenangani   Pasukan Rumah Kuning,  dan naib johan Pasukan  Rumah Hijau.

Suasana temasya  sukan  tahunan  SKSS, dari  peringkat  pertama  sehinggalah  ke acara  kemuncak  pada  hari  ini,  cukup  meriah, dengan  penyertaan  dan  semangat  kesukanan  di kalangan  semua  murid  cukup  baik  dan  terpuji. Kehadiran  para  ibubapa  sangat  menggalakan.


Klik  imej  ini,  menyaksikan  rakaman peristiwa  sukan  SKSS….

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan