SKSS - PROGRAM IHYA' RAMADHAN

S
K.  Sungai  Serai,  Hulu Langat,  telah  mengadakan  Program  Ihya” Ramadhan, pada 14 Ogos  2012,  bertempat  di dataran Kejat.  Semua  murid dan  guru  telah menjayakan  program ini

Ihya” Ramadhan  bermaksud  menghidupkan  bulan Ramadha  dengan  melaksanakan  beberapa  aktiviti  berfaedah bertepatan  dengan  bulan  Ramadhan bulan  Barakha. 

Antara  aktiviti  yang  dijalankan  ialah   membaca  surah  yasin,  dengan  dipimpin  oleh  Ustaz  Mohd Norizam,  khatam  Al-Quran  murid- murid  Tahun 6,  dipimpin  oleh  Ustaz  Mohd Zahari,  ceramah  Ramadhan & Aidilfitri  oleh  Ustaz  Khirul  Abu Zah.  Majlis  dimulakan  dengan  bacaan  doa  oleh  Ustaz  Asmadi.
 
Guru  besar  telah  berbesar  hati  menyampaikan  sumbangan  duit  raya  kepada  murid- murid ( Anak Yatim ),  guru-guru  menyampaikan  bungkusan  kuih raya  kepada  semua  murid.

Persembahan  lagu  raya  oleh  murid-murid dapat  menghiburkan  suasana  raya  aidifitri
Acara  terakhir  ialah  salam  bermaaf- maafan  guru  dan  murid-murid.  

Kami  warga  SKSS,  mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri…..

Klik  imej  ini....















Tiada ulasan:

Catat Ulasan