Chiling River Challenge 2015

Pada tanggal 28 Mac yang lepas, unit beruniform Pengakap SKSS telah mengadakan aktiviti 'Chiling River Challenge' di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru. Seramai 40 orang ahli pengakap terlibat dalam ekspidisi ini bersama-sama 14 orang guru pengiring. Ahli-ahli pengakap ditugaskan untuk melukis peta Sungai Chiling sebelum ekspidisi ini bermula. Selepas itu, ahli-ahli pengakap merentasi 6 anak sungai serta 1 jambatan gantung. Ahli pengakap juga perlu merentasi 2.5km trekking sebelum sampai di air terjun Sungai Chiling.

Ahli-ahli pengakap juga berpeluang memberi makan kepada ikan kelah semasa merentasi sungai. Semasa memberi makan kepada ikan kelah, ahli-ahli pengakap berpeluang melihat dengan lebih dekat ikan-ikan kelah yang akan mengerumuni mereka. 

Selepas 2.5km trekking yang mengambil masa selama 45 minit, ahli-ahli pengakap bermandi manda di air terjun Sg Chiling. Chiling River Challenge ini mengajar ahli-ahli pengakap untuk sentiasa berhati-hati di mana saja mereka berada. Ia juga melatih mereka untuk bekerjasama dalam kumpulan dan tolong-menolong antara satu sama lain.

SYABAS kepada ahli-ahli Pengakap SKSS kerana berjaya mengharungi pelbagai halangan sepanjang aktiviti di Sungai Chiling.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan