HALAMAN

English Language Carnival Zon Cheras 2015

Pada 14 April 2015 bertempat di SK Cheras Jaya, telah berlangsung English Language Carnival Zon Cheras. Antara pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah Action Song, Story Telling, Scrabble, Poem Recitation, dan Public Speaking. SK Sungai Serai telah menghantar satu pasukan action song yang terdiri daripada murid-murid tahun 3 serta pasuka scrabble.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan pasukan action song di bawah bimbingan Puan Syaliza, SK Sungai Serai telah mendapat Johan Action Song English Language Carnival Zon Cheras bagi tahun 2015. 


Pasukan Action Song SK Sungai Serai akan mewakili Zon Cheras ke peringkat daerah di SK Bandar Baru Bangi pada 29 April 2015. Warga SKSS mendoakan kecemerlangan team Action Song di peringkat daerah nanti. Syabas!!!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan