Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon Cheras Tahun 2015

Pada 23 April 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn, telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Zon Cheras bagi tahun 2015. Terdapat pelbagai pertandingan yang dipertandingkan pada karnival pada hari itu. 

Nik Nurul Ain Nadhirah bt. Nik Soh mewakili Sekolah Kebangsaan Sungai Serai bagi pertandingan bercerita tahap 2 dengan tajuk Kasih Seorang Ibu. Berkat kesungguhan serta bimbingan daripada guru pembimbing, Puan Rafidah, Nik Nurul Ain Nadhirah telah memenangi tempat pertama bagi Pertandingan Bercerita Zon Cheras. Nik Nurul Ain akan mewakili Zon Cheras ke peringkat daerah pada 7 Mei 2015. Seluruh warga SKSS mendoakan kejayaan Nik di peringkat daerah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan