BULAN SUKAN NEGARA 2019

Sabtu    |     12 Oktober 2019    | Dataran Sunrai's

SK Sungai telah mengadakan pelancaran Bulan Sukan Negara diperingkat sekolah. Warga SK Sungai telah hadir untuk memeriahkan lagi acara. Aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik yang ketua oleh Cikgu Kamil dan Cikgu Norimah. Acara diteruskan dengan aktiviti 'Berjalan 1000 langkah sambil Beramal'. Aktiviti ini disertai oleh semua murid tahap 2 dimana mereka akan berjalan di laluan yang telah ditetapkan iaitu disekita Kampung Sungai Serai sambil mengutip sampah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga dapat membersih kawasan sekitar Kg. Sungai Serai. Pada yang sama SK Sungai juga menghantar wakil ke Kompleks Sukan Bukit Jalil untuk meraikan Bulan Sukan Negara bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan