SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Serai atau nama ringkasnya SK Sungai Serai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km.16, Jalan Hulu Langat.

Pada  awal  tahun 1951,  Kampung  Bukit Raya  telah  disytiharkan sebagai  kawasan  Hitam dan  para  penduduknya telah  dipindahkan  ke kampung Sungai  Raya.  Sekolah Melayu  Bukit  Raya yang  terdapat  pada masa  itu  terpaksa ditutupkan  kerana  keadaan darurat.
Sementara  murid- murid yang  berasal  dari Kampung  Sungai  Serai terpaksa  bersekolah  di Madrasah Sg. Betong,  Bt 11,  Kg. Sungai Serai  iaitu  merupakan sebuah  bangunan  di sisi madrasah  yang  telah diwakafkan  oleh  Tuan  Haji Latif.  Oleh  kerana bangunan  ini  hanya mampu  untuk  menampung dua  buah  bilik darjah  sahaja,  maka Datuk  Empat  Sultan selaku  ketua  Kampung dan  ahli  jawatankuasa kampung  iaitu  En. Munir Bin  Sulaiman,  Tn. Haji Ibrahim,  mengambil  keputusan untuk  mendirikan  bangunan tambahan  dengan  cara bergotong royong.  Bangunan  tambahan itu akhirnya  dapat  juga didirikan  iaitu  bertiangkan batang  pinang  beratap rumbia  dan  berdindingkan buluh  (pelupuh)  dan ianya  dapat  memuatkan dua  bilik  darjah,  dan  dengan  ini menjadikan  sekolah  itu memiliki  empat  bilik darjah.
Apabila  bangunan itu  siap,  Jawatankuasa Kg.  Sg. Serai  telah memajukan  permohonan  ini kepada  pihak   Jabatan Pelajaran  Selangor  untuk didaftarkan.  Setelah  didaftarkan, nama  sekolah  ini ialah  Sekolah  Melayu Kg. Sg. Betong.   Pada  tahun 1951,  ianya  telah ditukarkan  nama  kepada Sekolah  Kebangsaan  Sungai Serai.  Guru  Besar yang  pertama  bertugas di sekolah  ini  ialah En. Abd. Majid.  Kemudian  diikuti oleh  En. Hashim,  En. Hamzah Maamor,  Pn. Zabedah,  Pn. Hasnah dan  En.  Basirun.
Pada  tahun 1955,  pihak  Jabatan Pelajaran  Selangor  telah mendirikan  bangunan  SK Sungai  Serai  (seperti yang  ada  sekarang), dengan  itu  semua guru  dan  murid telah  dipindahkan  ke tempat yang  baru.  Selepas persaraan  Guru  Besar yang  pertama  iaitu En. Mohd Saf,  beliau  telah digantikan  oleh  En. Maulud, seterusnya  En. Abd. Aziz,  En. Mohd Abdullah  dan  En. Zainal Abidin  Bin  Fakeh sehingga  tahun  1990.
Pada  satu peringkat,  murid- murid  yang bersekolah  di  Sk Sungai Serai  hanya setakat  22  orang murid  sahaja,  dan pihak  Jabatan  Pelajaran Sekolah  terpaksa  menutup sekolah  ini  pada Disember  1970.
Selepas  sekolah ini  ditutup,  Pengakap Daerah  Hulu  Langat telah  menjadikan  sekolah ini  sebagai  Kem Pengakap.  SK Sungai  Serai telah  dibuka  semula pada  1985  di atas tapak  yang  seluas lebih  kurang  1 hektar. Terletak  di tepi  jalan besar  Hulu  Langat iaitu  kira- kira  3 km dari  pekan  Batu 9. Dan  kira- kira  18 kilometer  darpada  bandaraya Kuala  Lumpur  di bawah pimpinan  Guru  Besar iaitu  En. Othman  Bin Hakim.  Selepas  daripada itu,  Guru   Besarnya silih  berganti  iaitu En. Adam  Bin  Salleh, Tn. Hj.Zainal  Abidin  Bin Endut,  dan  diikuti pula  En.Alias  Bin Mahdi.   Selepas  persaraan beliau  pada  Ogos 1995   dan  digantikan oleh  En. Abdull  Razak Bin  Mustofah  yang telah  meneruskan  segala aktiviti  sekolah  yang telah  dirancang  serta memberi  nafas  baru di dalam  pentadbiran  sekolah demi  melahirkan  pelajar cemerlang.

1 ulasan:

  1. Pada Peperiksaan UPSR tahun 1988 di mana ia adalah peperiksaan yg diduduki oleh kumpulan pertama murid Tahun Enam semenjak sekolah ini dibuka semula pada tahun 1985, seramai empat orang pelajar telah berjaya mencapai keputusan A untuk semua matapelajaran (pada masa tersebut 5A) daripada hanya dua kelas yang ada.

    Lebih membanggakan, empat orang murid ini telah berjaya mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh elit seperti berikut:-

    Kolej Melayu Kuala Kangsar - Muhamad Fauzi Rosli
    Sekolah Alam Shah - Muzaffar Musa
    Sekolah Menengah Sains Dungun - Mohd Yuszaimi Abu Zarin
    Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru - Shazrilnisha Shaharuddin
    Kejayaan ini telah menjadi titik permulaan ke arah kejayaan di masa hadapan untuk Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.

    BalasPadam