SKSS - KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU

K
etua panitia   Bahasa  Melayu  SKSS,  Puan Ismawati  Binti  Manap,  memaklumkan  bahawa  kursus  peningkatan  profesionalisme  guru  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu,  yang  dijalankan  pada  hari  ini  18 April  2012,  bersamaan  hari  Rabu, merupakan  program  panitia  Bahasa  Melayu.

Fokus  kursus  ialah   teknik   penandaan  Bahasa  Melayu   Penulisan.  Tempat   kursus   di bilik  pusat  sumber.  Semua  guru  mata   pelajaran  Bahasa  Melayu  SKSS,  telah  hadir   dengan  jayanya.

Kursus  dan  bengkel   teknik  penandaan  Bahasa  Melayu  penulisan  ini  disampaikan  oleh  Puan  Zaiton  Binti Yahya,  guru  dari  SK. Sungai  Liu, Hulu Langat.  Beliau  berpengalaman  luas  dalam  bidang  pengajaran  Bahasa  Melayu  dan  juga  merupakan  panel   pemeriksa   kertas  UPSR.

Objektif  kursus,  memberi  pendedahan  terkini  teknik  penandaan  Bahasa  Melayu    penulisan.  Kaedah   ini  mengikut  format  penandaan  dalam  UPSR.

Puan Norhayati  Binti  Jalil,  PK/ Kurikulum,  berharap  guru- guru  yang  mengajar  subjek  Bahasa  Melayu,  bolehlah  mengaplikasikan    ketika  membuat  penyemakan   dan   pemeriksaan  kertas  soalan   ujian   dan   peperiksaan  murid.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan