SKSS - TAKLIMAT KHAS GURU 18/4/2012

T


anggal  19  April   2012,  bersamaan  hari  Rabu,  bertempat  di bilik  Pusat  Sumber  SKSS,  sesi  perjumpaan  dan  taklimat  khas  kepada  semu  guru,  bermula  jam  12.30  pagi.

Taklimat  khas  ini  disampaikan   oleh   guru  besar,  Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd  Nordin. Taklimat  ini  berkisar  kepada   sekolah   Kluster.  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Hulu Langat  telah  mencalonkan  SKSS  untuk  menjadi  salah  sebuah  sekolah  bertaraf  Kluster.  Guru  besar  telah  menggariskan  beberapa  kriteria  penting  untuk  dicapai  bagi  melayakkan   potensi  SKSS  sebagai  sekolah  bertaraf  kluster. Justeru  itu,  semua  guru  SKSS  mesti  mengambil  peranan  dan  bertindak  drastik.  Semu  guru  SKSS  diarah  bergerak  aktif  dan  pantas   untuk  menjayakan  program  dan  aktiviti  mengikut  bidang  tugas  masing- masing.

Puan  Norhayati  Binti Jalil,  PK/ Kurikulum,  dan  Puan  Arifah  Binti  Ab. Arif,  PK/ HEM,  turut  sama  menyampaikan  taklimat  penting  kepada  semua  guru  berkenaan  beberapa  perkara  mengikut  bidang takbir  masing- masing.

Pada  minggu  ini  banyak aktiviti  sekolah  akan  dijalankan. Ustaz  Mohd  Zahari  Ishak  memaklumkan  persediaan  program  perkhemahan  unit- unit  kokurikulum  di Dr.campsite. Ustazah  Siti  Khalijah Masduki   memaklumkan  kandungan  program  Kem Bistari  Solat  yang  akan  dijalankan  pada  hari  Sabtu  ini. Akhir  sekali,  taklimat  telah  disampaikan  oleh  Puan  Suriani  Mohamed,  unit  kaunseling  mengenai  program  mentor -mentee  dan  sekolah  penyayang.

Guru  besar  berharap  semua  guru  SKSS,  bergerak  pantas  untuk  menjayakan  program  sekolah,  demi  mencapai  taraf  sekolah  Kluster..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan