SKSS - MURID-MURID SEKOLAH DIPUPUK BUDAYA MEMBACA AKHBAR


S
ejak  bermula  sesi  persekolahan,  awal  bulan  Januari  2012,  pengurusan  kurikulum  telah  membentuk  suatu  aktiviti  Memperkasa  Pengetahuan  Murid;  iaitu  memupuk  budaya   membaca  akhbar  kepada  semua  murid   SKSS.

Objektif  utamanya  ialah  untuk  mendedahkan  pengetahuan  murid  mengenai  isu- isu  terkini  siaran  akhbar,  disamping  memupuk  budaya  membaca  sepanjang  masa. Menerusi  pembacaan  akhbar  juga,  minda  murid- murid  bermaklumat.

Program didik  akhbar  ini  di bawah  pengurusan  Ustaz  Mohd Zahari  bin Ishak.  Akhbar  pilihan  ialah  Utusan  Melaysia   dan  Berita  Harian.   Pelakasanaan  program  membaca  akhbar  ini  dijalankan  sama  ada  sebagai  bahan  pengajaran  &  pembelajaran  (ADD) di bilik  darjah  oleh  guru,   masa  rehat,  dan  sebagainya.

Kesan  awal   menerusi  budaya  membaca  akhbar  ini,  pengetahuan  am  murid  lebih efektif,   dan  ini  dapat  dilihat  dalam   penulisan  karangan  dan  ktrampilan  berkomunikasi..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan