SKSS - LAWATAN BAHAGAIAN PERGIGIAN, JABATAN KESIHATAN


B
ertarikh  16  April  2012,  bersamaan  hari  Isnin,  jam  10.30  pagi,  lawatan  bahagian  pergigian,  Jabatan  Kesihatan  Negeri  Selangor,  telah  bertandang  ke SK Sungai  Serai, Hulu Langat,  Selangor.

Dr. Hajah  Nazirah  Binti  Mohd Nordin, guru  besar,  memaklumkan  semua  murid  SKSS, bahawa  tujuan  lawatan  ialah  untuk  memberi  pendidikan  mengenai  tatacara  memberus  gigi  yang  betul,  dan  penjagaan  kesihatan  gigi.

Aktiviti  yang  dilakukan  sempena  lawatan  bahagian  pergigian,  jabatan  kesihatan  ini  ialah  memberi  ceramah  bertajuk  kesihatan  gigi,  demontarasi memberus  gigi  yang  betul  oleh  semua  murid  sidang   pagi  dan  petang.  

Semua  murid  mengambil  perhatian  dengan  penuh  minat,  ceramah  yang  disampaikan  oleh  Puan  Umi,  jururawat  pergigian.

Murid- murid  Tahap  1,  begitu  seronok  dan  dapat  melakukan  cara  memberus  gigi  yang  betul. Mereka  suka  kehadiran  dan  tunjuk  ajar  oleh  Kak  Umi, jururawat  pergigian,  daerah  Hulu Langat.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan