SKSS - PERHIMPUNAN MINGGUAN SIDANG PAGI


S
eperti  biasa,  tarikh  16  April  2012, bersamaan   hari  Isnin, di dataran Kejat, bermula   jam 7.40 – 8.10 pagi,  sesi  perhimpunan  rasmi  sidang  pagi.  Perhimpunan  ini  dihadiri  oleh  semua  guru  sidang   pagi  dan  murid- murid  Tahun 1, 4, 5, 6  dan   murid  prasekolah.

Acara  perhimpunan  dimulai  dengan  murid  dan  guru  berada  di tapak  perhimpunan. Kemudian  persembahan  lagu  Negaraku, Lagu  Negeri  Selangor, dan   lagu  Sekolah. Bacaan  ikrar  oleh  pengawas,   bacaan  doa.  Seterusnya  ucapan  guru  bertugas  minggu  ini,   dan  disusuli  laporan  bertugas  oleh  guru  bertugas  minggu   yang  lepas.  Kemuncaknya  ialah  ucapan  guru besar  dan  para  penolong   kanan.

Sudutan  ucapan  guru  besar, Dr. Hajah Nazirah  Binti   Mohd Nordin.  Memberi  penghargaan  tahniah  atas  kejayaan  yang   telah  dicapai  sama  ada  dalam  bidang  kokurikulum  dan  kurikulum  selama  ini.  Semamangnya  menjadi  hasrat  sekolah  untuk  menjulang  kejayaan  dalam  setiap  aktiviti  dan  program  yang  dianjurkan di peringkat  PPD  Hulu Langat,  dan  Jabatan  Pelajaran.

Semua  murid  SKSS,  dikehendaki  mengambil  perhatian  dan  tindakan  demi  menjayakan  iltizam  ini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan