KURSUS LADAP SKSS 2012: SIRI 1



HULU LANGAT 12 Mei 2012: SK Sungai Serai telah berjaya mengadakan kursus perkhidmatan untuk guru-guru buat kali pertama pada tahun ini yang bertempat di Dewan Seri Wawasan SKSS. Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru dan dirasmikan oleh Dr. Hjh. Nazirah bt. Mohd Nordin, guru besar SKSS. Kursus tersebut telah ditunjangi oleh 2 orang penceramah jemputan dari luar iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad. Slot pertama telah diisi oleh penceramah dari Majlis Peperiksaan Malaysia yang membawa tajuk “Pemantapan Penggubalan Soalan (JSU)” dan slot kedua pula oleh BIMB dengan tajuk ceramahnya “Pengurusan Harta Pusaka”.














Siri Ke-2 Program LADAP ini akan menyusul pada 19 Mei 2012.

1 ulasan:

  1. Tahniah, usah gigih ustaz zahari. semoga skss akan terus dibangunkan///

    BalasPadam