HALAMAN

PASUKAN BOLA JARING KEKAL JUARA KUMPULAN


Ehsan  oleh  Cikgu  Farah Wahida  Abdul Ngalim



ada 24 dan 25 April 2012 yang lalu, SK Sungai Serai telah menghantar pasukan Bola Jaringnya untuk menyambut cabaran membawa pulang trofi Pertandingan Bola Jaring Daerah Hulu Langat 2012 yang telah diadakan di padang SK Dusun Nanding, Hulu Langat. Pertandingan itu telah disertai oleh 58 buah sekolah rendah di sekitar Hulu Langat di mana sekolah-sekolah ini telah di bahagi-bahagikan kepada 15 buah kumpulan.

     Untuk pusingan pertama, SK Sungai Serai, yang tersenarai di dalam Kumpulan N telah bertemu dengan 2 buah sekolah dan berjaya menjadi Johan Kumpulan. Berikut adalah keputusan pertandingan:
    SK Sungai Serai   V   SK Taman Nirwana       (4 : 2)
          SK Seri Jelok        V    SK Sungai Serai            (3 : 4)

     SK Sungai Serai berjaya melayakkan diri untuk pusingan kedua dan bertanding semula pada 25 April. Tetapi perjalanan pasukan Bola Jaring sekolah terhenti pada pusingan kedua apabila tewas kepada SK Saujana Impian 2 dengan keputusan seperti berikut:
          SK Sungai Serai   V    SK Saujana Impian 2  (8 : 4)

     Sebelum Pertandingan Bola Jaring Daerah Hulu Langat ini diadakan, pasukan sekolah juga telah menyertai perlawanan persahabatan bersama-sama dengan 7 buah sekolah yang lain pada 12 April 2012 yang bertempat di SK Dusun Nanding. Berikut adalah keputusan perlawanan pada hari tersebut:
SK  Sungai Serai    V     SK Bukit Raya                                     (9 : 0)
SK Sungai Serai     V     SK Tun Abdul Aziz Majid                  (5 : 4)
SK Sungai Serai     V     SK Batu Sembilan                              (4 : 3)
SK Sungai Serai     V     SK Dusun Tua                                     (5 : 4)
SK Sungai Serai     V     SK Sungai Tekali                                (3 : 3)
SK Sungai Serai     V     SK Dusun Nanding                            (6 : 4)
SK Sungai Serai     V     SK Sungai Lui                                     (4 : 2)

Pemenang-pemenang bagi Pertandingan Persahabatan Bola Jaring ialah:
SK Tun Abdul Aziz Majid               (Johan)
SK SUNGAI SERAI             (NAIB JOHAN)
SK Batu Sembilan               (Ketiga)

      Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SK Sungai Serai. Diharap agar pasukan sekolah meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sukan bola jaring pada tahun hadapan supaya dapat merangkul Piala Pertandingan Bola Jaring Daerah Hulu Langat 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan