P
|
ada
hari ini, 2 Mei
2012, bersamaan hari
Rabu, jam 1.20
petang, bertempat di bilik
PSS, Puan Suriani
Binti Mohamed, Unit
Bimbingan dan Kaunseling
SKSS, telah memberi
taklimat penting kepada guru- guru
sidang pagi mengenai
tatacara pelaksanaan program
ini kepada Mentee,
iaitu murid- murid Tahun 6.
Pengenalan;
Program
Mentor Mentee merupakan
satu program yang
perlu dilaksanakan bagi
mewujudkan satu suasana
harmoni di kalangan komuniti
sekolah khususnya antara
guru dan murid.
Sistem mentor terdiri
daripada komponen system ibu/bapa
angkat dan system bimbingan. Mentor bertindak
sebagai seorang ibu/bapa
angkat yang sentiasa
memberi nasihat dan
tunjuk ajar serta
bimbingan berguna kepada
sebilangan murid. Murid
berkenaan merupakan anak
angkatnya yang disebut
“Mentee”.
Rasional;
Murid
yang semakin tercabar
dalam arus pembangunan
kini perlu diberi
bimbingan agar mereka
dapat memperkembangkan segala
potensi diri serta
menilai kelemahan diri
sendiri. Menerusi program
ini, murid akan
didampingi dengan lebih
rapat oleh mentor
mereka. Di samping itu
rakan sebaya akan
memainkan peranan dengan
bertukar pendapat dan
maklumat diri masing- masing melalui
bimbingan mentor.
Matlamat;
Membina
keyakinan yang teguh
kepada setiap murid
supaya dapat belajar
dengan sempurna dalam
suasana kekeluargaan dan
dapat menggalakkan perkembangan
nilai- nilai murni dalam
hidupnya.
Objektif;
1~ Membimbing
murid agar menjadi
insan yang bertanggungjawab kepada diri,
keluarga dan masyarakat.
2~ Mewujudkan
budaya ‘caring’ di kalangan murid
dan guru dengan
menerapkan sifat bertolak
ansur serta saling
percaya mempercayai antara
satu sama lain.
3~ Untuk
membantu murid mengenali
potensi diri dan
memperkembangankan ke arah mencapai
hasrat “Modal Insan”
4~ Berusaha
mempertingkatkan prestasi akademik,
disiplin dan kokurikulum.
5~ Murid
dan guru bekerjasama
untuk mempertingkatkan kecemerlangan
sekolah dalam semua
aspek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan