HALAMAN

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA SKSS TAHUN 2015

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Muda SKSS Tahun 2015 telah di adakan pada 13 Februari 2015. Majlis ini dikelola dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sungai Serai. Pemimpin Muda SKSS terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya, dan Badar Sekolah. Penyerahan Watikah Perlatikan kepada pemimpin muda telah disempurnakan oleh En. Jamaluddin bin Othman, Penolong Kanan Kokurikulum SKSS. Pemimpin muda sekolah memainkan peranan penting dalam menggalas tanggungjawab dan amanah untuk menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. SYABAS diucapkan kepada pemimpin muda yang telah dilantik dan diharapkan perlantikan ini menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk berdisiplin serta patuh kepada arahan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan