PELANCARAN PROGRAM NILAM SEDAERAH HULU LANGAT 2015

Pada tarikh 2 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah mengadakan Pelancaran Program Nilam Sedaerah Hulu Langat serta peringkat sekolah. Pelancaran Program Nilam pada tahun ini disempurnakan oleh Penolong Kanan 1, Puan Arifah bt. Ab. Arif. Selain itu, Puan Halina, Guru Perpustakaan Media (GPM) SKSS juga memberi nasihat kepada murid-murid tentang kepentingan membaca. Antara aktiviti-aktiviti Nilam yang telah dirancang adalah seperti berikut:
  1. Sudut Nilam Kreatif Kelas
  2. Pertandingan Idola Nilam bagi setiap bulan
  3. Sudut 'Word of the week' dan 'Perkataan Minggu Ini' di pondok nilam
  4. Bicara Buku
  5. Explorasi Maklumat di PSS
Program Pelancaran Nilam ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan dari kalangan murid-murid. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Bicara Buku oleh Tokon Nilam Sekolah
  • Nyanyian lagu '5 Buku' dari murid-murid 4 Arif
  • Persembahan Koir lagu Nilam

Pihak sekolah bekerjasama dengan PSS serta ahli jawatankuasa Nilam bagi membimbing murid-murid dalam memupuk semangat membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan